Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee lawat Jepun 15-18 Dis

Dec 14, 2023 | 6:15 PM
LAWATAN RASMI: Encik Lee Hsien Loong akan mengadakan lawatan rasmi ke Tokyo, Jepun, dari 15 hingga 18 Disember 2023.
LAWATAN RASMI: Encik Lee Hsien Loong akan mengadakan lawatan rasmi ke Tokyo, Jepun, dari 15 hingga 18 Disember 2023. - Foto LIANHE ZAOBAO

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Tokyo, Jepun – 15 hingga 18 Disember – bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan dalam rangka persahabatan dan kerjasama Asean-Jepun yang ke-50.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 14 Disember, Encik Lee akan ditemani isterinya, Cik Ho Ching; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; serta para pegawai dari PMO dan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Semasa Sidang Kemuncak Peringatan itu, Asean dan Jepun akan membincangkan cara untuk mendalami dan meluaskan Perkongsian Dialog Asean-Jepun, termasuk bidang ekonomi digital dan hijau.

Para pemimpin akan mengadakan perbincangan mengenai isu serantau dan global yang menjadi perhatian bersama.

Encik Lee juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Jepun, Encik Kishida Fumio, dan pegawai Jepun yang lain.

Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, akan memangku jawatan Perdana Menteri sepanjang Encik Lee berada di Jepun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg