Topik diikuti
Pergi ke BHkuPM Lee luangkan masa bagi matematik semasa cuti
PM Lee luangkan masa bagi matematik semasa cuti
PM Lee luangkan masa bagi matematik semasa cuti
PM Lee menghabiskan waktu menghuraikan 'masalah' matematik yang dinamakan Collatz conjecture. FOTO: FACEBOOK/LEE HSIEN LOONG, FAIL ST -
Dec 21, 2019 | 5:10 PM
PERDANA Menteri Lee Hsien Loong sedang bercuti dari hari ini (21 Dis) hingga 3 Januari 2020.
Selain meluangkan masa bersama keluarga dan membaca, beliau juga akan menghabiskan waktu menghuraikan 'masalah' matematik yang dinamakan Collatz conjecture.
Ia juga dikenali sebagai masalah 3n+1.
Dalam satu pos di Facebook, Encik Lee berkata:
"Ia sesuatu yang boleh dikaitkan dengan kita semua: ada cabaran yang mungkin menghairankan kita, tetapi dengan kecekalan dan mempunyai minda terbuka, kita boleh lebih dekat mencapai jalan penyelesaian."
