Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee: Pakej bantuan tambahan akan dibentang Isnin

Apr 3, 2020 | 5:50 PM
MERINGANKAN BEBANAN RAKYAT: Menurut Encik Lee, pakej rangsangkan ketiga untuk tahun ini - bagi manfaat keluarga dan perniagaan - akan dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat.
MERINGANKAN BEBANAN RAKYAT: Menurut Encik Lee, pakej rangsangkan ketiga untuk tahun ini - bagi manfaat keluarga dan perniagaan - akan dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat. - MCI

PEMERINTAH akan membentangkan pakej bantuan tambahan semasa Parlimen bersidang Isnin ini, umum Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semasa ucapan yang disiarkan secara langsung pada 4 petang tadi.

Menurut Encik Lee, pakej rangsangan ketiga untuk tahun ini - bagi manfaat keluarga dan perniagaan - akan dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat.

"Apabila Parlimen bersidang pada hari Isnin, DPM Heng juga akan mengumumkan bantuan tambahan untuk keluarga dan perniagaan, tambahan daripada apa yang telah pun disediakan dalam Belanjawan lebih awal, untuk membantu mereka sepanjang bulan depan," kata Encik Lee.

Di samping itu, sidang Parlimen minggu depan akan menyaksikan Pemerintah memperkenalkan undang-undang baru "untuk memberi kelegaan kepada syarikat-syarikat dan individu atas kewajipan kontrak mereka yang mereka mungkin tidak dapat lunaskan kerana COVID-19, seperti membayar sewa, membayar balik pinjaman, atau menyelesaikan tugas", kata Encik Lee.

Sebelum ini Kementerian Undang-Undang (MinLaw) telah mengumumkan langkah untuk mengusulkan Rang Undang-Undang Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara) sebagai langkah perlindungan bagi orang ramai dan syarikat yang tidak dapat memenuhi kewajipan kontrak mereka akibat penularan Covid-19.

Undang-undang ini menurut MinLaw, dijangka berkuat kuasa sekitar pertengahan bulan ini juga akan menghalang pemilik hartanah daripada membatalkan kontrak sewa komersial akibat penyewa yang gagal membayar sewa dek kesan Covid-19, misalnya restoran yang pelanggannya berkurangan ekoran penularan koronavirus itu.

Encik Lee juga semalam mengumumkan langkah Pemerintah untuk menggubal undang-undang yang menghendaki tuan-tuan tanah menyalurkan rebat cukai hartanah sepenuhnya kepada penyewa mereka.

Beliau juga menambah, Penguasa Kewangan Singapura (MAS), telah mengumumkan bahawa bank-bank akan membenarkan individu dan syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) menangguhkan bayaran bulanan pinjaman mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg