Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee: Pemutus rantaian jangkitan tunjuk kesan, tapi perjuangan belum berakhir

May 20, 2020 | 4:21 PM
Encik Lee berkata Singapura tidak boleh kembali ke keadaan sebelum ini walaupun pemutus rantaian jangkitan telah menunjukkan kesan.
Encik Lee berkata Singapura tidak boleh kembali ke keadaan sebelum ini walaupun pemutus rantaian jangkitan telah menunjukkan kesan. - EPA-EFE

PEMUTUS rantaian jangkitan telah menunjukkan kesan, dan keadaan jangkitan Covid-19 di Singapura semakin baik. Tetapi, perjuangan menentang koronavirus itu belum berakhir. Menulis di Facebook hari ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura tidak boleh kembali ke keadaan sebelum ini. "Itulah sebabnya kami membuka semula secara bertahap, dengan khidmat menjamu selera F&B hanya dibenarkan setelah kami yakin penyebaran masyarakat akan kekal rendah. "Kami telah melihat negara-negara lain yang telah dibuka mengalami peningkatan semula kes. Hanya satu orang yang dijangkiti diperlukan untuk membentuk kelompok baru," tulisnya. Pasukan bertindak silang kementerian mengenai pandemik itu pada Selasa telah menggambarkan bagaimana Singapura akan secara bertahap melonggarkan sekatan selepas pemutus rantaian jangkitan berakhir pada 1 Jun. "Saya yakin semua orang tidak sabar untuk kembali ke keadaan biasa - menghantar anak-anak kita kembali ke sekolah, membuka semula perniagaan, makan luar bersama rakan, dan akhirnya dapat mengunjungi keluarga dan orang tersayang. "Kita tidak boleh kekal ditutup selama-lamanya, jadi kita harus membiasakan diri dengan normal baru, menyesuaikan rutin kita untuk hidup dan bekerja dengan selamat walaupun terdapat wabak global ini. Marilah kita terus bekerjasama untuk mengawal Covid-19. Kita akan muncul lebih kuat daripada pengalaman ini," tulis Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg