PM Lee perjelas peranan isteri serahkan dokumen kepada NHB
Premium
PM Lee perjelas peranan isteri serahkan dokumen kepada NHB
Jul 5, 2017 | 5:30 AM
CIK HO CHING: Tidak bertindak bagi pihak PMO. - Foto fail -
PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah menafikan tuduhan bahawa isteri beliau, Cik Ho Ching, bertindak mewakili Pejabat Perdana Menteri (PMO) sedangkan beliau tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi dalam pejabat itu.
Ini setelah Anggota Parlimen pembangkang Low Thia Khiang (GRC Aljunied) semalam meminta PM Lee menjelaskan apakah benar bahawa antara "bukti salah guna kuasa atau tuduhan ialah isteri perdana menteri, Ho Ching, bertindak bagi pihak PMO".

