Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee, PM Muhyiddin bincang projek HSR, bakal umum perincian tidak lama lagi

Dec 2, 2020 | 9:09 PM
Kedua-dua negara akan mengumumkan butiran lanjut mengenai projek HSR itu menerusi satu kenyataan bersama tidak lama lagi. - FOTO: FAIL
Kedua-dua negara akan mengumumkan butiran lanjut mengenai projek HSR itu menerusi satu kenyataan bersama tidak lama lagi. - FOTO: FAIL -

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat penilaian berhubung perbincangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur semalam.

Menerusi satu kenyataan bersama oleh Pejabat Perdana Menteri Singapura dan Malaysia, kedua-dua negara akan mengumumkan butiran lanjut mengenai projek HSR itu menerusi satu kenyataan bersama tidak lama lagi.

Encik Lee dan Tan Sri Muhyiddin telah berbincang tentang projek HSR itu menerusi satu panggilan sidang video semalam.

Hasil perbincangan tersebut, kedua-dua perdana menteri itu dapat memahami pendirian Singapura dan Malaysia dengan baik.

Encik Lee dan Tan Sri Muhyiddin juga mengesahkan lagi hubungan dua hala yang kukuh antara Singapura dan Malaysia, yang merangkumi kerjasama dalam banyak bidang, serta hasrat ikhlas mereka untuk mengukuhkan lagi hubungan ini bagi manfaat kedua-dua negara.

Perbincangan antara dua perdana menteri itu diadakan menjelang tarikh akhir penangguhan projek HSR yang dilanjutkan buat kali kedua, yang juga kali terakhir, hingga 31 Disember 2020.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg