DISAKSIKAN Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, bangunan Marina One dan Duo dibuka secara rasmi semalam, detik mercu tanda yang melambangkan hubungan erat antara Singapura dengan Malaysia.

Marina One, yang terletak di distrik kewangan Marina Bay, dan Duo, di kawasan Ophir-Rochor, dibina di atas tanah yang menjadi sebahagian perjanjian pertukaran tanah di bawah Perkara Persetujuan (POA) tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) 2011.