Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee, PM New Zealand adakan sidang puncak maya peringati ulang tahun kerjasama S'pura-NZ

May 27, 2020 | 6:30 PM
(Dari kiri) Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam lawatan rasminya ke Singapura pada 17 Mei tahun lalu. - Foto FAIL ST
(Dari kiri) Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam lawatan rasminya ke Singapura pada 17 Mei tahun lalu. - Foto FAIL ST -

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern telah mengadakan Sidang Puncak Maya melalui sidang video pada Rabu (27 Mei) bagi memperingati ulang tahun pertama penubuhan Kerjasama Dipertingkat Singapura-New Zealand (EP).

Ditubuhkan pada 17 Mei tahun lalu semasa lawatan Perdana Menteri Ardern ke Singapura, EP merupakan tunggak penting dalam hubungan dua hala dan merangkumi inisiatif dalam empat bidang utama - perdagangan dan ekonomi; keselamatan dan pertahanan; sains, teknologi dan inovasi; dan hubungan sesama rakyat, kata kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Kededua pemimpin telah mengesahkan lagi hubungan dua hala yang sangat baik dan mengkaji kemajuan baik yang dicapai di bawah EP sejak setahun lalu.

Mereka juga menyatakan komitmen bersama untuk memperdalam dan memperluas kerjasama dalam empat bidang itu, dan bersetuju untuk terus meneroka bidang kerjasama baru bagi memastikan EP relevan dan berpandangan ke depan, kata MFA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg