Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee, Presiden Xi sahkan hubungan kukuh SG-China menerusi panggilan telefon

Oct 16, 2021 | 5:30 AM
f621ed16-9bae-4d68-82fc-76df0f88a321
-

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah mengadakan panggilan telefon bersama Presiden China Xi Jin Ping semalam, dengan kedua-duanya mengesahkan hubungan yang kukuh antara Singapura dan China.

Mereka turut mengesahkan manfaat yang sama-sama diraih daripada pertukaran dan kerjasama dua hala yang berterusan antara kededua negara walaupun dalam keadaan mencabar semasa pandemik Covid-19, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan semalam.

"Kedua-dua pemimpin itu juga menarik perhatian tentang kemajuan yang baik dalam tiga projek antara pemerintah kami serta kerjasama erat dalam Inisiatif Belt and Road," kata MFA.

Selain itu, Encik Lee dan Encik Xi telah membincangkan cara untuk memperkukuh pemulihan ekonomi dengan meningkatkan kerjasama dalam hubungan rentas sempadan dan rantaian bekalan, serta dalam bidang perdagangan, pelaburan, bandar bijak dan perubahan iklim.

Mereka turut mengalu-alukan kerjasama yang dipertingkat dalam bidang-bidang yang baru seperti ekonomi hijau dan ekonomi digital.

Kededuanya juga menantikan Majlis Bersama ke-17 untuk Kerjasama Dua Hala akhir tahun ini, kata MFA lagi.

Encik Lee dan Presiden Xi juga bertukar-tukar pandangan mengenai pembangunan serantau dan antarabangsa.

Kededuanya juga mengesahkan hubungan kukuh antara Asean dan China sempena ulang tahun ke-30 hubungan dialog antara dua pihak itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg