Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee rakam penghargaan sempena Hari Jururawat Antarabangsa

May 12, 2020 | 12:29 PM
MENGHARGAI JURURAWAT: Anggota Parlimen GRC Nee Soon, Cik Lee Bee Wah,dalam Facebooknya hari ini turut merakamkan penghargaan untuk para jururawat Hospital Khoo Teck Puat dan memuatnaikkan gambar yang dirakamkan semasa mereka mengunjungi hospital tersebut semasa Valentine's Day pada Februari lalu bersama-sama Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, Encik Louis Ng Kok Kwang, Prof Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dan yang lain.
MENGHARGAI JURURAWAT: Anggota Parlimen GRC Nee Soon, Cik Lee Bee Wah,dalam Facebooknya hari ini turut merakamkan penghargaan untuk para jururawat Hospital Khoo Teck Puat dan memuatnaikkan gambar yang dirakamkan semasa mereka mengunjungi hospital tersebut semasa Valentine's Day pada Februari lalu bersama-sama Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, Encik Louis Ng Kok Kwang, Prof Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dan yang lain. - - Foto: FACEBOOK/LEEBEEWAHPAGE

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, melahirkan penghargaan kepada para jururawat sempena Hari Jururawat Antarabangsa yang jatuh hari ini.

"Selamat Hari Jururawat Antarabangsa kepada semua jururawat! Di Singapura kita meraikan Hari Jururawat pada 1 Ogos, tetapi tahun ini saya fikir mereka layak meraikannya lebih daripada sekali," kata Encik Lee dalam catatan di Facebooknya.

Menurut beliau, para pekerja penjagaan kesihatan adalah tulang belakang negara dalam memerangi Covid-19.

"Jururawat terutamanya, bekerja siang dan malam merawat pesakit, dan menyediakan sentuhan manusia yang penting. Selepas syif mereka tamat, mereka pulang dan menjaga keluarga mereka sendiri pula, seperti jururawat Hospital Khoo Teck Puat, Lynette dan Zhi Qiang seperti yang dikongsi dalam video ini - tugas jururawat tidak pernah selesai!

"Kepada jururawat kita, kata-kata tidak cukup untuk melahirkan betapa kami menghargai dedikasi dan pengorbanan anda. Anda telah bekerja keras untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kita semua. Kami pula akan kekal di rumah dan kekal jaga keselamatan untuk anda," kata Encik Lee dalam catatannya itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg