PM Lee: Rumah ibadah semarakkan keharmonian agama

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee: Rumah ibadah semarakkan keharmonian agama

Jul 4, 2021 | 5:30 AM

PM Lee: Rumah ibadah semarakkan keharmonian agama

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
PM LAWAT KUIL: PM Lee (tengah) hadir dalam majlis pembukaan semula kuil Sikh di Silat Road semalam. Bersama beliau ialah Encik Inderjit Singh (kiri), dan Encik Baljit Singh (kanan). - Foto BM oleh JASON QUAH
PM LAWAT KUIL: PM Lee (tengah) hadir dalam majlis pembukaan semula kuil Sikh di Silat Road semalam. Bersama beliau ialah Encik Inderjit Singh (kiri), dan Encik Baljit Singh (kanan). - Foto BM oleh JASON QUAH -

RUMAH ibadah memainkan peranan penting dalam masyarakat Singapura melebihi tumpuan para penganut sesebuah agama itu, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Dalam ucapannya di majlis pembukaan semula Kuil Sikh Silat Road semalam, Encik Lee berkata rumah ibadah Sikh atau dikenali sebagai Gurdwara membantu memelihara budaya dan tradisi Sikh di Singapura.

"...pada masa yang sama, ia juga memupuk semangat menghargai dan hormat dalam kalangan kumpulan-kumpulan lain, mempromosi keharmonian agama dan masyarakat berbilang budaya sambil menyatukan warga Singapura untuk menyokong satu sama lain sebagai satu warga," ujar beliau.

Kuil di Jalan Bukit Merah itu, yang turut dikenali sebagai Gurdwara Sahib Silat Road, telah menjalani kerja-kerja peningkatan yang menelan belanjar sekitar $2.5 juta, dengan dana dikumpul menerusi sumbangan derma.

Kerja-kerja peningkatan itu telah dijadual bermula Mac tahun lalu, namun terpaksa ditangguh ekoran tempoh pemutus rantaian jangkitan.

Namun, pihak pengurusan kuil tersebut berkata ia telah memberi mereka peluang untuk membuat perubahan kepada pelan ubah-elok dengan mengambil kira keadaan pandemik.

Antaranya ialah, pelan baru itu mengambil kira pengudaraan yang lebih baik dan menyusun semula ruang-ruang bagi mengelakkan kesesakan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga akur rumah-rumah ibadah telah terpaksa menyesuaikan diri dengan gangguan ekoran pandemik ini.

Namun, beliau berbesar hati bahawa Gurdwara dan lain-lain rumah ibadah telah berjaya menyesuaikan diri dengan pelbagai langkah pengurusan selamat Covid-19 termasuk dengan menggunakan khidmat penstriman langsung bagi terus mendekat penganut masing-masing.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg