Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee sampaikan amanat Hari Kebangsaan pada 8 Ogos

Aug 5, 2021 | 5:30 AM
ENCIK LEE HSIEN LOONG: Akan menyampaikan ucapan dalam bahasa Inggeris pada 6.45 petang di saluran CNA.
ENCIK LEE HSIEN LOONG: Akan menyampaikan ucapan dalam bahasa Inggeris pada 6.45 petang di saluran CNA. -

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan dalam satu siaran pada 8 Ogos, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam.

Beliau akan menyampaikan ucapan dalam bahasa Inggeris pada 6.45 petang di saluran CNA.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan menyampaikan amanat tersebut dalam bahasa Melayu pada 8.30 malam di saluran Suria.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, akan menyampaikannya dalam bahasa Cina pada 9.45 malam di Channel 8 dan Capitol 958.

Menteri Pengangkutan S. Iswaran akan menyampaikan amanat tersebut dalam bahasa Tamil pada 9 malam di Vasantham dan Oli 968.

Amanat Hari Kebangsaan dalam keempat-empat bahasa itu akan disediakan di laman PMO di www.pmo.gov.sg dan laman YouTube PMO (www.youtube.com/pmosingapore) selepas siaran pertama itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg