Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee sampaikan Amanat Hari Kebangsaan pada 8 Ogos

Aug 4, 2022 | 5:30 AM
Virus baru Langya dilaporkan menjangkiti beberapa penduduk di wilayah Shandong.
Virus baru Langya dilaporkan menjangkiti beberapa penduduk di wilayah Shandong. - AFP

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan dalam satu siaran pada Isnin, 8 Ogos, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam.

Beliau akan menyampaikan ucapannya dalam Bahasa Inggeris pada 6.45 petang di saluran CNA.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan menyampaikannya dalam bahasa Cina pada 8.45 malam di Channel 8 dan Capitol 958.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan menyampaikan amanat tersebut dalam bahasa Melayu pada 8.30 malam di saluran Suria.

Menteri Pengangkutan S. Iswaran akan menyampaikan amanat tersebut dalam bahasa Tamil pada 9 malam di Vasantham dan Oli 968.

Amanat Hari Kebangsaan dalam keempat-empat bahasa itu akan disediakan di laman PMO di www.pmo.gov.sg dan laman YouTube Pejabat Perdana Menteri (PMO) (www.youtube.com/pmosingapore) selepas siaran pertama itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg