PERDANA Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan Amanat Hari Pekerja Khamis ini, menjelang hari cuti itu pada keesokan harinya.
Mesej itu akan ditayangkan pada 7.30 malam di televisyen dan saluran media sosial, menurut satu kenyataan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) pada Ahad (26 April).
Ini termasuk laman Facebook dan YouTube Encik Lee serta NTUC Singapore.
Sementara itu, acara tahunan Rapat Hari Pekerja, yang biasanya menghimpun sekitar 1,500 pemimpin dan rakan kerja kesatuan, tidak akan diadakan tahun ini, sejajar dengan langkah lebih ketat tempoh pemutus litar Covid-19.
Sebaliknya, satu dialog maya bersama Presiden NTUC Mary Liew; Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng; Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo; dan Presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), Dr Robert Yap, akan diadakan.
Sesi dialog itu akan berlangsung selepas Encik Lee menyampaikan Amanat Hari Pekerjanya.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg