Topik diikuti
Pergi ke BHkuPM Lee: Anugerah Jauhari cermin tekad masyarakat buru kejayaan
PM Lee: Anugerah Jauhari cermin tekad masyarakat buru kejayaan
PM Lee: Anugerah Jauhari cermin tekad masyarakat buru kejayaan
SOKONGAN PADU: Encik Lee menggesa warga Singapura terus bekerja keras untuk memburu kejayaan, dalam ucapannya di majlis Anugerah Jauhari BH pada 31 Oktober 2018. Anugerah tahunan itu menyambut ulang tahun ke-20 tahun ini dan Encik Lee, yang menyampaikan anugerah kepada pemenanga pertama pada 1999 dan beberapa tahun selepas itu turut memberikan trofi kepada pemenang tahun ini. - Fail BH
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 31, 2018 | 9:00 PM
“
SINGAPURA harus memelihara iklim sosial yang mendorong kecemerlangan dan kejayaan, dan tidak menyekatnya, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong pada Rabu (31 Oktober). Berucap di majlis penyampaian Anugerah Jauhari Berita Harian (BH), Encik Lee berkata: "Anugerah itu mencerminkan etos kita sebagai sebuah masyarakat: untuk mengenal pasti dan membangun bakat, meraikan mereka yang berjaya, dan menggalakkan mereka untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. "Kita harus mengekalkan iklim sosial yang menggalakkan kecemerlangan dan kejayaan, dan tidak menebang pokok popi yang tinggi (menyerang atau menghina orang yang berjaya). Sepanjang lebih 60 tahun lalu, BH telah memainkan peranan penting membentuk suasana tersebut, dengan mengongsi kisah kejayaan yang mencetus inspirasi kepada masyarakat untuk mencapai puncak lebih tinggi dan berkhidmat kepada masyarakat, tambah Encik Lee. "Ini adalah sebahagian daripada peranan BH sebagai sebuah institusi yang mendekati dan memperkukuh masyarakat Melayu/Islam," ujarnya. Tahun ini, penerima Anugerah Jauhari ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari. Meskipun sibuk dengan tugas, Encik Bahren giat menabur bakti kepada masyarakat dengan menyumbang kepada Angkatan Karyawan Islam (AMP), dan menganggotai lembaga Penguasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA) serta Penasihat Keselamatan Dalam Negeri, dan sebagai anggota pengganti Majlis Penasihat Presiden (CPA). "Bahren ialah contoh terserlah semangat Singapura - mereka yang berjaya berkongsi hasil kejayaan dengan orang lain agar kita semua boleh maju bersama," ujar Encik Lee. Sementara itu, pemenang Anugerah Jauhari Harapan, Encik Muhamad Ridhwan Ahmad, jaguh tinju negara, ialah contoh seseorang yang mengejar mimpi dan berjaya dengan cemerlang, kata Encik Lee. Pemenang Anugerah Jauhari merupakan contoh bukan sahaja bagi masyarakat Melayu/Islam, bahkan bagi Singapura secara keseluruhannya. Tahun ini, Berita Harian menyambut ulang tahun ke-20 Anugerah Jauhari. Encik Lee, yang telah menyampaikan Anugerah Jauhari pertama pada tahun 1999, berkata masyarakat Melayu/Islam telah mencapai banyak kemajuan sejak itu. Pemenang Anugerah Jauhari juga mencerminkan kemajuan ini, dengan penerimanya mewakili pelbagai bidang termasuk aktivisme sosial, keusahawanan, seni, perubatan, sukan dan keagamaan. "Jelas, ini juga mencerminkan sumbangan masyarakat Melayu/Islam kepada Singapura sepanjang 53 tahun lalu," ujar Encik Lee semasa berucap dalam bahasa Melayu.