Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee: Singapura perlukan lebih daripada warga berpendidikan dan pekerja terlatih untuk berjaya

Jan 5, 2019 | 7:33 PM
PENTING UNTUK BERJAYA: Encik Lee berkata warga Singapura juga perlu mempunyai nilai yang tidak ketara tetapi penting.
PENTING UNTUK BERJAYA: Encik Lee berkata warga Singapura juga perlu mempunyai nilai yang tidak ketara tetapi penting. - Foto LIANHE ZAOBAO

MENGGESA ibu bapa supaya menyokong perubahan terkini kepada sistem pendidikan setempat, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata pelajar di sekolah Singapura bukan sahaja dilengkapi dengan kemahiran untuk meraih pendapatan tetapi juga kemahiran yang boleh membangunkan perwatakan dan nilai.

Ini kerana warga Singapura bukan sahaja perlu menjadi rakyat yang berpendidikan dan pekerja yang terlatih.

Encik Lee berkata warga negara ini juga harus memiliki nilai yang tidak ketara tetapi penting agar Singapura dapat terus berjaya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di hadapan lebih 240 penerima Anugerah Edusave Kementerian Pendidikan (MOE) di Sekolah Rendah Townsville hari ini (5 Januari).

Encik Lee juga berkata perubahan terkini kepada sistem pendidikan setempat akan menjadikan pembelajaran satu pengalaman yang lebih bermakna bagi pelajar.

Ini termasuk mengurangkan tumpuan pada keputusan akademik, mendedikasikan lebih banyak masa kurikulum pada bagi pembelajaran yang lebih mendalam serta membantu pelajar melihat hubungan antara kandungan buku teks mereka dengan dunia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg