PM Lee: S'pura akan lakukan apa jua diperlukan bantu warga
Premium
PM Lee: S'pura akan lakukan apa jua diperlukan bantu warga
Mandat dan pasukan paling kukuh penting untuk terajui negara atasi Covid-19
Mar 28, 2020 | 5:30 AM
KUKUH: Singapura sedang menghadapi satu krisis amat besar yang memerlukan pucuk pimpinan dan mandat yang paling kukuh untuk mengatasi krisis ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong. - Foto MCI -
SEMENTARA cabaran ekonomi yang disebabkan pandemik Covid-19 sekarang amat serius, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong berkata pemerintah akan melakukan apa sahaja untuk menstabilkan ekonomi, menyelamatkan pekerjaan dan membantu syarikat.
Berkata demikian ketika ditemui media di Istana semalam, Encik Lee berkata pemerintah juga bersedia memanfaatkan lagi rizab sekiranya keadaan bertambah teruk dalam beberapa bulan akan datang.

