Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee tekan pentingnya negara kecil terus kerjasama

Sep 30, 2022 | 8:00 PM
HUBUNGAN DUA HALA: Encik Lee dan Encik Kagame mengesahkan lagi perlunya usaha terus bekerjasama sebagai negara kecil, di tengah-tengah perkembangan dunia dan serantau sekarang ini.
HUBUNGAN DUA HALA: Encik Lee dan Encik Kagame mengesahkan lagi perlunya usaha terus bekerjasama sebagai negara kecil, di tengah-tengah perkembangan dunia dan serantau sekarang ini. - Foto MCI oleh Terence Tan

PRESIDEN Rwanda, Encik Paul Kagame, telah bertemu dengan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Istana hari ini.

Encik Lee yang telah bertemu dengan Encik Kagame semasa lawatan beliau ke Rwanda Jun lalu berkata beliau gembira dapat menyambut Encik Kagame di Istana hari ini dan untuk membalas layanan baik beliau semasa lawatannya itu.

"Walaupun terletak jauh dari satu sama lain, Singapura dan Rwanda mempunyai beberapa persamaan yang menarik," ujarnya.

Encik Lee berkata mereka antara lain berbincang tentang hubungan mesra antara Singapura dengan Rwanda termasuk bidang yang penting bagi kedua-dua negara serta idea untuk memperkukuh hubungan.

Tambahnya, mereka turut mengesahkan lagi perlunya usaha terus bekerjasama sebagai negara kecil, di tengah-tengah perkembangan dunia dan serantau sekarang ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg