Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee terima pengakuan, hargai khidmat Chuan-Jin sebagai pasukan PAP

Jul 17, 2023 | 6:12 PM
TERIMA SURAT: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menerima surat peletakan jawatan Encik Tan Chuan-Jin sebagai Speaker Parlimen dan Anggota Parlimen GRC Marine Parade pada 17 Julai lalu.
TERIMA SURAT: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menerima surat peletakan jawatan Encik Tan Chuan-Jin sebagai Speaker Parlimen dan Anggota Parlimen GRC Marine Parade pada 17 Julai lalu. - GOV.SG

17 Julai 2023 

PARTI TINDAKAN RAKYAT

Encik Tan Chuan-Jin 

Chuan-Jin yang saya hormati, 

Terima kasih atas surat anda untuk meletak jawatan dari Parti Tindakan Rakyat, dan memaklumkan saya tentang keputusan anda untuk meletak jawatan sebagai Speaker Parlimen dan Anggota Parlimen GRC Marine Parade.

Saya hargai pengakuan anda bahawa anda telah gagal dalam kelakuan peribadi anda, dan memahami hasrat anda untuk meletak jawatan daripada politik dan membantu memulihkan keluarga anda.

Saya telah bercakap dengan anda tentangnya sebelum ini. Anda mengaku apa anda buat adalah salah dan menawarkan untuk meletak jawatan.

Saya terima peletakan jawatan ini selepas anda membuat pengaturan untuk terus menjaga penduduk GRC Marine Parade dan kawasan Kembangan-Chai Chee yang di bawah jagaan anda.

Mengenai ungkapan anda baru-baru ini di Parlimen, anda telah memohon maaf secara terbuka dan kepada Anggota Parlimen (AP) berkenaan, dan AP tersebut telah menerima permohonan maaf anda.

Tetapi, mengungkap kata-kata itu sebagai Speaker di Kerusi Parlimen menjadikan perkara ini lebih serius.  

Saya sedih anda tidak meninggalkan politik dalam keadaan lebih menggembirakan. Namun, peletakan jawatan anda perlu, untuk mengekalkan piawaian wajar dan kelakuan peribadi yang tinggi yang telah dipertahankan PAP selama ini.

Saya, dengan itu, terima peletakan jawatan anda daripada Parti Tindakan Rakyat berkuat kuasa serta-merta.

Saya ucapkan terima kasih kepada anda kerana telah menjadi anggota pasukan PAP saya, dan semoga anda dan keluarga anda baik dalam fasa kehidupan anda yang seterusnya.

Ikhlas,

Lee Hsien Loong

Setiausaha Agung

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg