Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

PM Lee tidak bersara, kekal dalam pemerintah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee tidak bersara, kekal dalam pemerintah

May 07, 2024 | 04:29 PM



Encik Lee Hsien Loong (gambar sisipan) berkata bahawa walaupun beliau berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak lama lagi, beliau akan kekal berada dalam Pemerintah dan berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP).

Singapura akan mempunyai Perdana Menteri baru mulai 15 Mei, apabila Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, mengambil alih pucuk kepimpinan.

Maklum bahawa beberapa orang sudah mengucapkan selamat bersara kepadanya, PM Lee menjelaskan di pos Facebook pada 7 Mei bahawa beliau tidak bersara.

Beliau menulis: “Saya berundur sebagai Perdana Menteri tetapi saya tidak berhenti bekerja! Saya akan kekal berada dalam Pemerintah, dan terus berkhidmat sebagai AP bagi GRC Ang Mo Kio.

“Saya akan melakukan apa yang boleh untuk membantu PM Lawrence dan pasukannya berjaya.”

PM Lee berkata bahawa dalam beberapa minggu lalu, beliau menerima mesej penghargaan dan galakan, dengan ramai berkongsi kisah tentang bagaimana kehidupan mereka telah “bertambah baik daripada pelbagai dasar pemerintah, dan rasa bangga sebagai rakyat Singapura.”

Beliau menambah:

“Membangun negara bukan satu tugas mudah, dan kami tidak dapat mencapai begitu banyak dalam beberapa dekad tanpa sokongan setia anda. Saya sangat terharu mendengar ramai di kalangan anda kembali berbakti kepada masyarakat anda, dan menyumbang pada masyarakat kita dengan cara anda tersendiri.”

Encik Lee berkata beliau juga menerima mesej daripada warga bukan Singapura yang tinggal atau bekerja sini.

Bercakap kepada mereka, beliau berkata: “Saya gembira anda telah menemui sebuah negara yang selamat dan bahagia untuk didiami, dengan anda boleh mencari pekerjaan baik dan membesarkan keluarga anda dengan selamat, dan menyumbang kepada ekonomi dan masyarakat kita.”

Semasa berucap di Rapat Hari Pekerja pada 1 Mei, PM Lee berkata beliau “rasa puas dan lengkap” sedang beliau bersiap menyerahkan Singapura dalam keadaan baik kepada penggantinya.

DPM Wong, yang memasuki politik 13 tahun lalu, akan menjadi Perdana Menteri Singapura keempat. Beliau akan mengangkat sumpah pada 15 Mei, 8 malam, di Istana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >