Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee ucap tahniah kepada Liz Truss atas pelantikan sebagai PM Britain

Sep 6, 2022 | 10:19 PM
Perdana Menteri Britain baru, Cik Liz Truss
Perdana Menteri Britain baru, Cik Liz Truss -

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada Selasa (6 Sep) telah menulis surat kepada Cik Elizabeth Truss, untuk mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai perdana menteri Britain baru. Dalam suratnya, Encik Lee berkata beliau, bagi pihak pemerintah Singapura, mengucapkan tahniah kepada Cik Truss "Pelantikan anda berlaku semasa cabaran yang ketara, serta peluang dalam sekitaran global yang tidak menentu. "Asas hubungan dua hala kita kekal kukuh. Singapura dan Britain berkongsi hubungan sejarah yang kukuh, dengan hubungan antara rakyat yang baik," ujar Encik Lee dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa (6 Sep). Singapura dan Britain, kata beliau, bekerjasama dengan baik merentasi banyak sektor termasuk perdagangan dan pelaburan, keselamatan dan pertahanan serta dalam penyelidikan dan inovasi. Singapura juga mengesahkan komitmennya terhadap kerjasama ekonomi yang saling menguntungkan melalui Perjanjian Perdagangan Bebas Britain-Singapura, yang di tandatangani pada Disember 2020 di Singapura. Menurut Encik Lee lagi, kerjasama dua hala juga telah berkembang ke sektor baru dan memuncul (emerging), seperti keselamatan siber dan ekonomi digital. Perjanjian Ekonomi Digital Britain-Singapura adalah peristiwa penting bagi kedua-dua negara dan membuka prospek pertumbuhan baru buat perniagaan dua negara. Selain itu, Singapura dan Britain adalah penyokong kuat perintah pelbagai hala berasaskan peraturan, dan keperluan untuk menegakkan undang-undang antarabangsa. "Saya yakin kita akan mengekalkan momentum kukuh dalam hubungan dua hala kita. "Saya berharap mahu terus bekerjasama dengan anda untuk mengukuhkan kerjasama kita bagi masa hadapan," kata Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg