Topik diikuti
Pergi ke BHkuPM Lee ucap tahniah
PM Lee ucap tahniah
PM Lee ucap tahniah
PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Dipilih Australia, Encik Anthony Albanese, atas kemenangan Parti Buruh dalam Pilihan Raya Umum negara itu semalam.
Dalam suratnya kepada Encik Albanese, Encik Lee berkata Singapura dan Australia mempunyai hubungan yang sudah lama dijalin dengan kerjasama kukuh dalam lima bidang di bawah Kerjasama Strategik Menyeluruh.
Ini termasuk dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pertahanan dan ehwal luar, hubungan antara warga, sains dan inovasi serta ekonomi digital.
"Kami juga telah memperluas kerjasama kami dalam bidang baru termasuk ekonomi hijau," ujar Encik Lee.
Tambahnya, beliau mengalu-alukan usaha bekerjasama dengan Encik Albanese untuk terus meningkatkan hubungan antara Singapura dengan Australia.
Encik Lee juga mengalu-alukan lawatannya ke Australia untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Singapura-Australia untuk membincangkan bagaimana mereka boleh meningkatkan kerjasama dua hala selain bertukar pandangan tentang isu serantau dan sejagat.
