Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee ucap takziah kepada keluarga Wee Kim Wee

Jul 9, 2018 | 6:54 PM
PENYAYANG DAN BAIK HATI: Mendiang Cik Wee memberi hadiah kepada kanak-kanak kurang bernasib baik termasuk daripada Persatuan Bantuan Kanak-Kanak Singapura, Rumah Anak Yatim Darul Ihsan, Ramakrishna Mission dan Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Wilkie Road semasa karnival dan pesta ria polis pada 1985.
PENYAYANG DAN BAIK HATI: Mendiang Cik Wee memberi hadiah kepada kanak-kanak kurang bernasib baik termasuk daripada Persatuan Bantuan Kanak-Kanak Singapura, Rumah Anak Yatim Darul Ihsan, Ramakrishna Mission dan Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Wilkie Road semasa karnival dan pesta ria polis pada 1985. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Cik Wee Sok Hiong, isteri mantan presiden Singapura mendiang Dr Wee Kim Wee.

Menerusi suratnya kepada anak mendiang Cik Wee iaitu Cik Wee Eng Hwa hari ini (9 Julai), Encik Lee berkata mendiang Cik Wee adalah seorang yang baik hati serta amat mengambil berat dan prihatin tentang orang lain, khususnya mereka yang kurang bernasib baik.

"Seperti suaminya, beliau memainkan peranannya dengan serius dan menjalankannya dengan kemesraan, gaya lemah lembut dan sifat periangnya," ujarnya.

Encik Lee berkata beliau bertemu dengan mendiang Cik Wee buat kali pertama pada 1976 ketika mendiang Dr Wee berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur.

Tambahnya, beliau juga amat menghargai kehadiran mendiang Cik Wee semasa upacara penghormatan terakhir ibu bapanya apabila mereka meninggal dunia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg