Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee: Usah hilang harapan walau hadapi sengsara, tragedi

Hargai keharmonian kaum di S’pura, kata PM Lee dalam pos media sosial ucap selamat kepada penganut Kristian sempena Good Friday.
Mar 29, 2024 | 8:01 PM
Keadaan di dalam Gereja St Joseph’s sebagaimana yang dikongsi oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong di media sosial pada 29 Mac.
Keadaan di dalam Gereja St Joseph’s sebagaimana yang dikongsi oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong di media sosial pada 29 Mac. - Foto MCI

Kita tidak boleh berputus asa walaupun menghadapi kesengsaraan dan tragedi pada masa ini, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Sebaliknya, kita boleh mengambil iktibar, berusaha membina dunia lebih aman dan terus menghargai keharmonian sosial yang kita nikmati di Singapura, ujar beliau lagi

Encik Lee berkata demikian menerusi pos di media sosial untuk mengucapkan selamat menyambut Good Friday dan Easter kepada penganut Kristian.

“Tahun ini, Good Friday dan Easter muncul dalam dunia yang bermasalah dan diganggu conflik, dengan ramai orang hidup dalam keadaan terus dan tidak berperi kemanusiaan,” kata Encik Lee.

“Kita tidak boleh hilang harapan walau berdepan dengan kesengsaraan dan tragedi. Ayuh kita meraih kekuatan daripada mesej musim ini dan berusaha bersama untuk menjadikan dunia yang lebih aman, sementara menghargai keharmonian sosial yang amat berharga yang kita nikmati di Singapura.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg