Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee yakin hubungan S'pura-M'sia akan berkembang di bawah PM Muhyiddin Yassin

Mar 1, 2020 | 6:02 PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani satu dokumen semasa upcara mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang terkini, di Kuala Lumpur, Malaysia.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani satu dokumen semasa upcara mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang terkini, di Kuala Lumpur, Malaysia. - Reuters

Perdana Menteri Lee Hsien Loong yakin bahawa hubungan Singapura dengan Malaysia akan meningkat di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai perdana menteri kelapan Malaysia.

Tan Sri Muhyiddin telah mengangkat sumpah pada pagi Ahad (1 Mac), di Istana Negara.

Encik Lee mengucap tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin - presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) - menerusi satu panggilan telefon dan mengundangnya ke Singapura tidak lama lagi.

"Saya yakin hubungan Singapura yang sekian lama terjalin dan berbilang bidang dengan Malaysia akan meningkat di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin serta memberi manfaat kepada kededua warga kita, " tulis Encik Lee dalam satu pos Facebook.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg