Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee yakin Tharman akan jalankan tugas sebagai Presiden dengan cemerlang

Sep 2, 2023 | 12:51 AM
Encik Lee dan isteri Cik Ho Ching meninggalkan pusat mengundi di Sekolah Crescent Girls di Tanglin pada Jumaat.
Encik Lee dan isteri Cik Ho Ching meninggalkan pusat mengundi di Sekolah Crescent Girls di Tanglin pada Jumaat. - Foto ST

Berikut kenyataan penuh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengenai Pilihan Raya Presiden 2023:

“Rakyat Singapura telah memilih Encik Tharman Shanmugaratnam sebagai Presiden kita yang seterusnya menerusi margin yang kukuh.

Sebagai Ketua Negara, beliau akan mewakili kita di dalam dan luar negara, mempunyai kuasa penjagaan termasuk ke atas rizab dan pelantikan utama.

Saya mengucapkan terima kasih kepada tiga calon yang tampil ke depan untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden.

Saya gembira yang rakyat Singapura berpeluang untuk melaksanakan hak untuk mengundi untuk Presiden kita yang seterusnya dan fokus kepada peranan seorang Presiden dipilih.

Dalam pilihan raya ini, kededua pengundi dan calon menunjukkan pemahaman lebih tinggi tentang peranan dan tugas seorang Presiden, yang merupakan petanda baik untuk Singapura.

Encik Tharman mempunyai rekod perkhidmatan awam yang panjang dan cemerlang. Saya mempunyai keyakinan tinggi yang beliau akan dapat melaksanakan tugasnya sebagai Presiden dengan cemerlang

Saya telah menelefon Encik Tharman untuk mengucapkan tahniah atas pemilihannya, dan untuk memberi jaminan mengenai kerjasama penuh pemerintah saya.

Encik Tharman juga telah mengisytiharkan hasratnya untuk bekerjasama rapat dengan pemerintah.

Sebagai Ketua Negara, Presiden perlu menjadi tokoh penyatu yang boleh dihormati dan dikenali semua rakyat Singapura.

Beliau mesti menggunakan kuasa penjagaannya di bawah Perlembagaan dengan bijak, membawa pengalaman dan penilaian bebasnya.

Di peringkat antarabangsa semasa mewakili Singapura, beliau mesti mengibarkan bendera kita setinggi-tingginya.

Saya berterima kasih kepada pegawai pilihan raya atas kerja keras mereka dalam memastikan pilihan raya Presiden berjalan lancar dan berjaya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi, di dalam dan di luar negara, kerana menjalankan tanggungjawab sivik kita.

Sekarang pilihan raya telah berakhir, marilah kita bersatu semula sebagai rakyat Singapura, untuk menangani cabaran yang mendatang dan membina sebuah negara yang lebih kuat dan bersatu padu.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg