Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee ziarah kompleks silang agama baru di Abu Dhabi

Oct 21, 2023 | 11:43 PM
LAMBANG PERPADUAN: Encik Lee (empat dari kiri) bergambar di hadapan masjid yang merupakan sebahagian daripada kompleks antara agama Abrahamic Family House di Abu Dhabi yang melambangkan nilai perpaduan. (Dari kiri) Dr Janil Puthucheary, Dr Maliki Osman, dan Dr Tan See Leng (empat dari kanan).
LAMBANG PERPADUAN: Encik Lee (empat dari kiri) bergambar di hadapan masjid yang merupakan sebahagian daripada kompleks antara agama Abrahamic Family House di Abu Dhabi yang melambangkan nilai perpaduan. (Dari kiri) Dr Janil Puthucheary, Dr Maliki Osman, dan Dr Tan See Leng (empat dari kanan). - Foto ZAOBAO

Satu gereja, masjid dan saumaah berdiri sama gah dalam satu kompleks antara agama yang digelar Abrahamic Family House di Abu Dhabi.

Tiga bangunan itu serupa dari segi saiz dan bahan yang digunakan, tetapi agak berbeza dari segi reka bentuk dan seni binanya.

Masing-masing dikunjungi masyarakat Kristian, Islam dan Yahudi di Abu Dhabi – tiga agama yang berakar daripada Nabi Ibrahim as.

Dibuka pada Februari 2023, ketiga-tiga bangunan itu membentuk sebahagian daripada kompleks yang melambangkan nilai-nilai kewujudan bersama, kepelbagaian dan dialog antara agama.

SATU ANTARA TIGA: Encik Lee (empat dari kanan) dan Dr Tan See Leng (paling kanan) di hadapan saumaah yang merupakan antara tiga rumah ibadah di kompleks Abrahamic Family House.
SATU ANTARA TIGA: Encik Lee (empat dari kanan) dan Dr Tan See Leng (paling kanan) di hadapan saumaah yang merupakan antara tiga rumah ibadah di kompleks Abrahamic Family House. - Foto ZAOBAO
REKA BENTUK INDAH: Encik Lee mengadakan lawatan ke ketiga-tiga rumah ibadah di Abrahamic Family House, termasuk gereja ini.
REKA BENTUK INDAH: Encik Lee mengadakan lawatan ke ketiga-tiga rumah ibadah di Abrahamic Family House, termasuk gereja ini. - Foto ZAOBAO

Kompleks tersebut merupakan antara tempat menarik yang dikunjungi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Abu Dhabi pada Sabtu.

“Perpaduan dalam kepelbagaian,” tulis Encik Lee di dinding hiasan kompleks itu. Pengunjung boleh menulis ucapan dan harapan mereka di dinding itu.

TULIS UCAPAN: Encik Lee menulis ucapan “Perpaduan dalam Kepelbagaian” di dinding hiasan di kompleks antara agama Abrahamic Family House.
TULIS UCAPAN: Encik Lee menulis ucapan “Perpaduan dalam Kepelbagaian” di dinding hiasan di kompleks antara agama Abrahamic Family House. - Foto ZAOBAO

Pembangunan kompleks itu meraih inspirasi daripada konsep yang dibentangkan dalam Dokumen Persaudaraan Insan yang ditandatangani Pope Francis dan Imam Besar Al Azhar Dr Ahmed El-Tayeb di Abu Dhabi pada 2019.

Pada Sabtu, Encik Lee turut menziarahi Masjid Besar Sheikh Zayed, satu lagi tarikan di Abu Dhabi.

Masjid itu mengambil masa 11 tahun untuk dibina sebelum dibuka pada 2007. Ia dinamakan sempena pengasas UAE, Sheikh Zayed Sultan Al Nahyan yang meninggal dunia pada 2004.

ZIARAH MASJID: Encik Lee menziarahi Masjid Besar Sheikh Zayed di Abu Dhabi sebahagian lawatan rasminya ke UAE.
ZIARAH MASJID: Encik Lee menziarahi Masjid Besar Sheikh Zayed di Abu Dhabi sebahagian lawatan rasminya ke UAE. - Foto MCI
ZIARAH MASJID: Encik Lee menziarahi Masjid Besar Sheikh Zayed di Abu Dhabi sebahagian lawatan rasminya ke UAE.
ZIARAH MASJID: Encik Lee menziarahi Masjid Besar Sheikh Zayed di Abu Dhabi sebahagian lawatan rasminya ke UAE. - Foto MCI

Awal sebelum itu, beliau turut mengunjungi Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia pada ketinggian lebih 828 meter, atau lebih 160 tingkat.

Encik Lee berada di Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu dan Ahad dalam rangka lawatan rasmi pertamanya ke negara itu.

Lawatan ke UAE itu ialah sambungan lawatan Encik Lee ke Timur Tengah, menyusuli lawatan ke Arab Saudi dari Selasa hingga Jumaat lalu.

Dalam lawatan itu, Encik Lee diiringi Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng; Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor; serta Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg