Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan langkah melanjutkan tempoh pemutus rantaian jangkitan untuk empat minggu lagi, iaitu sehingga 1 Jun ini.
Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen dan radio tepat 5 petang tadi, Encik Lee berkata:
"Setelah jumlah penularan tempatan berkurangan, kami akan membuat penyesuaian dan menimbangkan untuk melonggarkan beberapa langkah ini. Dengan cara ini, kita boleh berasa lebih yakin bahawa kita telah mencapai kemajuan dan berada dalam keadaan yang kukuh. Ramai yang akan kecewa dengan tempoh pemutus rantaian jangkitan yang dilanjutkan. Terutamanya perniagaan-perniagaan dan para pekerja kita, yang telah terjejas teruk.
"Tetapi saya harap anda faham bahawa keperitan jangka pendek ini penting untuk menghapuskan virus ini demi melindungi kesihatan orang-orang yang kita sayangi, dan sebelum sebarang pemulihan ekonomi bermula. Pemerintah akan melakukan sedaya upaya untuk membantu perniagaan-pernigaan dan para pekerja kita untuk menghadapi tempoh pemutus rantaian jangkitan yang dilanjutkan ini. Kami akan memberi sokongan kepada para pekerja dan perniagaan-perniagaan sama seperti apa yang kami lakukan sekarang."
Untuk membantu rakyat, Encik Lee berkata, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, akan mengumumkan butirannya sebentar lagi.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg