Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong lucut jawatan Ketua Pembangkang Pritam Singh

Jan 15, 2026 | 4:00 PM
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong telah melucutkan jawatan Ketua Pembangkang (LO) daripada Encik Pritam Singh.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong telah melucutkan jawatan Ketua Pembangkang (LO) daripada Encik Pritam Singh. - Foto ST

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong telah melucutkan jawatan Ketua Pembangkang (LO) daripada Encik Pritam Singh.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 15 Januari, Encik Wong berkata beliau membuat keputusan tersebut setelah membuat pertimbangan teliti.

“Setelah mempertimbangkan perkara ini dengan teliti, saya telah memutuskan bahawa sabitan jenayah Encik Pritam, yang diambil bersama pandangan Parlimen tentang ketidaksesuaiannya, menjadikannya tidak lagi boleh diterima untuk beliau meneruskan jawatan LO.

“Oleh itu, jawatan Encik Pritam sebagai LO akan dilucutkan berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan ini adalah perlu untuk menegakkan kedaulatan undang-undang, serta maruah dan integriti Parlimen,” kata Encik Wong dalam kenyataan itu.

Keputusan itu dibuat sehari selepas Parlimen memutuskan pada 14 Januari bahawa Encik Pritam, yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP), tidak sesuai untuk meneruskan peranannya sebagai LO menyusuli perbahasan satu usul yang dibentangkan Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg