Pemerintah akan terus menyokong pemupukan keupayaan dwibahasa, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semasa memberi ucapan Rapat Hari Kebangsaan (NDR) 2024 pada 18 Ogos.
Encik Wong berkata pemerintah akan terus bekerjasama dengan semua kaum untuk mewariskan budaya tradisi negara.
“Walaupun bahasa Inggeris ialah bahasa kerja kami, kami pada asasnya merupakan masyarakat Asia, bukan masyarakat Barat.
“Kami mahu mengekalkan warisan Asia kami dan mengekalkan nilai tradisi kami,” jelasnya.
Tambahnya, Singapura telah dapat mengekalkan daya saingnya yang unik selama ini kerana Republik ini mempunyai kelebihan dalam dwibahasa dan dwibudaya yang membolehkannya berhubung dengan negara lain.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg