Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong temu pemimpin Kuwait, Malaysia, Indonesia

May 26, 2025 | 8:43 PM
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, bertemu dengan Putera Mahkota Kuwait, Sheikh Sabah Al-Khaled Al-Sabah, di luar Sidang Puncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kedua di Kuala Lumpur, Malaysia pada 26 Mei.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, bertemu dengan Putera Mahkota Kuwait, Sheikh Sabah Al-Khaled Al-Sabah, di luar Sidang Puncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kedua di Kuala Lumpur, Malaysia pada 26 Mei. - Foto MDDI

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, telah mengadakan pertemuan dua hala bersama pemimpin Kuwait, Malaysia dan Indonesia di luar Sidang Puncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kedua di Kuala Lumpur, Malaysia pada 26 Mei.

Encik Wong telah bertemu dengan Putera Mahkota Sheikh Sabah Al-Khaled Al-Sabah dari Kuwait.

Di samping itu, beliau turut menemui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto.

Dalam satu hantaran di media sosial X, Encik Wong berkata Singapura menghargai pemberian biasiswa pendidikan agama untuk rakyat Singapura sejak 1980, dan turut berbesar hati menyokong latihan kakitangan awam Kuwait.

Singapura dan Kuwait meraikan 40 tahun hubungan diplomatik pada 2025.

“Singapura menghargai pemberian murah hati biasiswa pendidikan agama oleh Kuwait untuk rakyat Singapura sejak 1980, dan kami berbesar hati menyokong latihan kakitangan awam Kuwait.

“(Saya) Berharap untuk mewujudkan hubungan antara rakyat dan kerjasama ekonomi yang lebih kukuh,” kata Encik Wong.

Sementara itu, Encik Wong turut berkata beliau telah mengadakan pertemuan yang baik dengan Encik Prabowo, di mana mereka membincangkan perkembangan sejagat dan serantau, serta kepentingan sebuah Asean yang kukuh dan bersatu padu dalam waktu mencabar ini.

“Kami juga mengharapkan kerjasama dua hala yang lebih erat. Hubungan yang terjalin lama antara Singapura dengan Indonesia telah menjadi sauh kestabilan terhadap tekanan geopolitik,” kata beliau.

Dalam pertemuannya dengan Datuk Anwar pula, Encik Wong berkata beliau mengucapkan tahniah kepadanya kerana mempengerusikan sidang puncak yang berjaya, sambil mengalu-alukan kedatangan beliau ke Singapura pada hujung minggu ini untuk menyampaikan ucapan khas di Dialog Shangri-La.

“Kami akan terus bekerja rapat dengan Malaysia untuk memajukan usaha penyepaduan Asean. Saya dan PM Anwar juga telah meneliti pelbagai isu dua hala,” kata beliau.

Dialog Shangri-La akan diadakan dari 30 Mei hingga 1 Jun 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg