Topik diikuti
Pergi ke BHkuPM Wong ucap takziah kepada mangsa tragedi banjir dahsyat Nepal
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menzahirkan perasaan sedih atas kehilangan nyawa dan kemusnahan akibat banjir di sepanjang sempadan Nepal-China.
Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang, dan juga kepada semua yang terjejas akibat tragedi itu dalam satu hantaran Facebook pada 27 Ogos.
“Amat berdukacita atas kehilangan nyawa dan kemusnahan akibat banjir di sepanjang sempadan Nepal-China.
“Salam takziah daripada saya kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang, dan kepada semua yang terjejas akibat tragedi ini,” kata Encik Wong.
Beliau menambah, Kementerian Ehwal Luar (MFA) sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Nepal dan China bagi menyampaikan bantuan konsular kepada rakyat Singapura yang terjejas, selain berhubung dengan waris mereka.
“Ingatan dan doa kami bersama rakyat Nepal dan China dalam menghadapi masa sukar ini, serta bersama pihak berkuasa dan kakitangan kecemasan yang bekerja tanpa henti dalam usaha menyelamat dan memulihkan keadaan.
“Kami berharap mereka yang masih hilang dapat kembali dengan selamat,” ujar Encik Wong.
“
Salam takziah daripada saya kepada keluarga yang kehilangan insan tersayang, dan kepada semua yang terjejas akibat tragedi ini.