Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

PM:Ustaz Hasbi berkhidmat tanpa pentingkan diri sendiri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM:Ustaz Hasbi berkhidmat tanpa pentingkan diri sendiri

Mar 03, 2024 | 04:48 PM



Mantan Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, telah berkhidmat tanpa mementingkan diri sendiri kepada masyarakat Muslim Singapura, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Dalam ucapan yang disampaikan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, semasa majlis majlis Gema Kesyukuran yang berlangsung pada 3 Mac, Encik Lee berkata:

“Sepanjang tiga dekad, anda telah banyak menyumbang bukan sahaja kepada masyarakat Muslim, tetapi di peringkat nasional.

“Di bawah kepimpinan anda yang berwawasan sebagai Presiden Pergas, persatuan itu telah banyak menyumbang dan membangunkan masyarakat asatizah. Ia mempertingkatkan kemahiran asatizah menerusi banyak inisiatif.

“Terutama sekali, ia menyokong kuat pelaksanaan Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).”

Dan sebagai pengasas pengerusi bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Hasbi, telah memainkan peranan penting dalam memulihkan mereka yang disesatkan oleh ideologi radikal, tambah Encik Lee.

“Di bawah kepimpinan anda, RRG dibangunkan sebagai sebuah pertubuhan yang boleh dipercayai dan berkesan. Kerja pemulihan dan usahanya memperkenalkan kepada orang ramai usaha menentang ideologi ekstrem amat berjaya, dan mendapat pengiktirafan domestik dan antarabangsa,” kata Encik Lee.

Ustaz Hasbi, tambah Encik Lee, telah perjuangkan isu-isu rumit seperti pendidikan agama dan pemakaian tudung, secara jujur dan sensitif, bekerjasama dengan pemerintah dan membimbing masyarakat untuk mencapai hasil pragmatik dan memuaskan.

“Terima kasih Ustaz Hasbi, di atas khidmat anda yang berdekad kepada masyarakat dan kepada Singapura,” ujar Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >