Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pneumonia Wuhan: Kes budak warga China di sini tiada kaitan dengan kelompok pneumonia di Wuhan

Jan 5, 2020 | 8:49 PM
PENULARAN PNEUMONIA WUHAN: Seorang pegawai memantau penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong menyusuli penularan pneumonia di Wuhan.
PENULARAN PNEUMONIA WUHAN: Seorang pegawai memantau penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong menyusuli penularan pneumonia di Wuhan. - Foto AP

UJIAN yang dijalankan mendapati bahawa kanak-kanak warga China berusia tiga tahun di sini yang disyaki menghidapi pneumonia tiada kaitan dengan kelompok pneumonia di Wuhan, China, kata Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (5 Jan).

Kes itu turut diuji negatif bagi penyakit Sindrom Sesak Nafas Mendadak (Sars) dan Sindrom Pernafasan Koronavirus (MERS-CoV).

Pneumonia yang dialami kanak-kanak itu disebabkan Respiratory Syncytial Virus, punca biasa bagi pneumonia yang dihidap kanak-kanak.

"Hasil siasatan epidemik, penilaian klinikal dan ujian makmal daripada kes yang dilaporkan pada 4 Januari melibatkan budak perempuan warga China berumur tiga tahun yang menghidap pneumonia dan pernah melawat Wuhan itu mendapati bahawa kes ini tiada kaitan dengan kelompok pneumonia di Wuhan," kata MOH.

Sehingga 3 petang hari ini, MOH berkata tiada kes baru yang disyaki mereka.

Sementara di Hong Kong pula, 15 pesakit menghidap virus misteri Wuhan itu sehingga hari ini berbanding lapan semalam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg