Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Podcast No Tapis kembali dengan dua pengacara, kandungan terkini

Mar 15, 2024 | 3:47 PM
Sebagai sebahagian daripada pembaharuan podcast, No Tapis, Penerbit Podcast, Cik Natasha Mustafa (kiri), selaku hos, akan disertai pengacara baru iaitu Koresponden BH, Encik Anwar Saleh.
Sebagai sebahagian daripada pembaharuan podcast, No Tapis, Penerbit Podcast, Cik Natasha Mustafa (kiri), selaku hos, akan disertai pengacara baru iaitu Koresponden BH, Encik Anwar Saleh. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Selepas berehat seketika, podcast Berita Harian (BH), No Tapis, yang dilancarkan pada 2018, kembali mulai 15 Mac dengan beberapa perubahan menarik yang bertujuan meningkatkan pengalaman pendengar dalam kalangan masyarakat di samping menyampaikan kandungan lebih menyeronokkan.

Dalam versi terbaru podcast itu, Penerbit Podcast yang juga hos, Cik Natasha Mustafa akan disertai oleh pengacara bersama baru, Koresponden BH, Encik Anwar Saleh.

Selain logo yang dikemas kini, pendengar boleh menantikan kandungan No Tapis di lebih banyak platform di luar Spotify.

Ini termasuk menonton podcast dalam bentuk video di YouTube dan juga laman web bh.sg.

Podcast No Tapis berharap dapat mencapai beberapa matlamat seperti memastikan dapat menyampaikan berita semasa dengan cara yang mudah difahami, berdasarkan fakta dan terutamanya tanpa tapis.

Ini supaya bahan berita di akhbar ini dapat terus disesuaikan mengikut trend penggunaan digital pembaca yang sentiasa berubah.

Logo baru pula menonjolkan tenaga baru antara dua hos podcast itu, serta pelbagai isu yang dekat dengan masyarakat yang akan dibincangkan.

Selain kandungan dan logo yang menarik, pendengar juga dapat menantikan tetamu khas yang akan diundang ke podcast itu nanti.

Antara mereka termasuk hiburan, tokoh politik, peguam, asatizah dan juga warga yang mempunyai kisah menarik untuk dikongsi.

Menurut analisis data yang diterima, podcast ini sudah didengari oleh pendengar sejauh Amerika Syarikat, Eropah dan di Timur Tengah.

Tumpuan yang diberikan oleh akhbar ini terhadap podcast akan mengemudi perjalanan baru BH dalam mempelbagaikan lagi kandungan berita kepada pembacanya bukan sahaja di Singapura, malah di seluruh dunia.

Episod pertama yang bertema bulan Ramadan bersama Timbalan Mufti, Dr Izal Mustafa, boleh didengar dan ditonton mulai 15 Mac di Spotify, laman bh.sg dan di YouTube Berita Harian Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg