Premium
'Podcast' #NoTapis BH bersama Fatimah Mohsin popular
Jul 23, 2019 | 5:30 AM
RAMAI INGIN TAHU: Pendengar tertarik dengan perkongsian Cik Fatimah (dua dari kiri) dan bapanya, Encik Mohsin (dua dari kanan). 'Podcast' yang menampilkan mereka antara yang paling banyak pendengar muat turun. Bersama mereka ialah wartawan BH Shahida Sarhid (kiri) dan pengacara setempat Syah Ibrahim. - Foto BH oleh SITI AISYAH NORDIN -
PERKONGSIAN dan luahan hati #NoTapis pereka fesyen dan pemilik khidmat tatarias pengantin, Cik Fatimah Mohsin, bersama bapanya, Encik Mohsin Nazarali, atau lebih dikenali sebagai Raja Lelong, telah membuai emosi ramai pendengar 'podcast' akhbar Berita Harian berjudul #NoTapis.
Antara lain, dua beranak itu mengongsi detik sedih mengingati peristiwa lama yang meninggalkan kesan dalam diri dan hubungan mereka.

