
KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) telah mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) untuk mengeluarkan Arahan Pembetulan kepada laman Facebook Singapore States Times.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu (18 April), Pejabat itu berkata laman Facebook tersebut telah membuat beberapa kenyataan palsu berkenaan laporan MOH berkaitan kes Covid-19 di Singapura, dalam satu kiriman yang disiarkan pada Sabtu (18 April). Antara lain laman itu berkata Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, pada Jumaat mengarahkan bilangan kes Covid-19 baru yang diumumkan dikurangkan ke separuh bagi mengelakkan panik, dengan melaporkan jumlah itu pada sebelah petang dan bukan malam. Namun ini tidak benar, menurut laman pemerintah yang memeriksa fakta, Factually.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg