Pofma: Arahan Pembetulan dikenakan ke atas Lim Tean kerana kenyataan palsu mengenai belanja pemerintah bagi pelajar asing
Pofma: Arahan Pembetulan dikenakan ke atas Lim Tean kerana kenyataan palsu mengenai belanja pemerintah bagi pelajar asing
PENGUASA ganti bagi Menteri Pendidikan telah mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) agar mengeluarkan Arahan Pembetulan terhadap laman Facebook Parti Suara Rakyat (PV) dan saluran YouTube milik Encik Lim Tean yang bernama, "Tean Lim."
Ini sebagai merujuk kepada satu video langsung di Facebook yang dimuatnaikkan oleh PV pada 1 Julai yang mengandungi satu maklumat palsu berkaitan perbelanjaan pemerintah terhadap pelajar asing yang turut dimuatnaikkan dalam saluran Tean Lim di YouTube.
Menurut kenyataan Pejabat Pofma pada Khamis malam (2 Julai), Encik Lim juga pernah diberi Arahan Pembetulan pada 16 Disember tahun lalu kerana telah mengeluarkan kenyataan palsu juga berkaitan isu berkenaan.
Untuk mengetahui fakta kes, sila rujuk kepada artikel Factually, "Correction and clarifications regarding a falsehood and misleading statement in Peoples Voice Political Party's Facebook Video on 1 July 2020" (http://www.gov.sg/article/ factually020720a).

