Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pofma beri amaran kepada pentadbir laman web Truth Warriors

Sep 1, 2022 | 5:30 AM
DAKWAAN PALSU: Menurut Pejabat Pofma, laman web Truth Warriors, menerbitkan dakwaan palsu untuk mengelirukan orang ramai agar mereka berfikir bahawa vaksin Covid-19 tidak berkesan mengurangkan kadar penularan Covid-19. - Foto ZAOBAO
DAKWAAN PALSU: Menurut Pejabat Pofma, laman web Truth Warriors, menerbitkan dakwaan palsu untuk mengelirukan orang ramai agar mereka berfikir bahawa vaksin Covid-19 tidak berkesan mengurangkan kadar penularan Covid-19. - Foto ZAOBAO -

SEORANG wanita berusia 47 tahun telah diberi amaran bersyarat oleh Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) kerana membuat kenyataan meskipun beliau tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia palsu dan mungkin menjejas kepentingan awam.

Menurut kenyataan Pejabat Pofma semalam, wanita itu merupakan pentadbir laman web, Truth Warriors, yang menerbitkan dakwaan palsu untuk mengelirukan orang ramai agar mereka berfikir bahawa vaksin Covid-19 tidak berkesan mengurangkan kadar penularan Covid-19.

Tambahnya, maklumat palsu itu menentang usaha memerangi virus tersebut.

Pada 24 Oktober tahun lalu, laman web, Truth Warriors, dikenakan arahan Pofma untuk mengeluarkan notis pembetulan di laman webnya untuk memberitahu warga Singapura mengenai maklumat palsu tersebut.

Semasa siasatan terhadap kes itu, Pejabat Pofma berkata wanita tersebut menyatakan bahawa beliau telah memeriksa pentauliahan penulis asal bagi rencana itu.

Namun, beliau mengakui bahawa beliau tidak pasti sama ada maklumat yang diterbitkan itu benar atau tidak.

"Selepas mempertimbang fakta dan keadaan kes ini dengan teliti, Pejabat Pofma mengeluarkan amaran bersyarat 12 bulan terhadap wanita ini.

"Sekiranya beliau mengulangi kesalahan tersebut dalam tempoh ini, beliau boleh didakwa bagi kesalahan asalnya," ujar Pejabat Pofma.

Mereka yang didapati bersalah di bawah seksyen 7 Pofma boleh didenda hingga $50,000, dipenjara hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Menurut Pejabat Pofma, kepalsuan di dalam talian yang mengelirukan orang ramai boleh menjejas kehidupan dan membahayakan masyarakat.

Oleh itu, pemerintah memandang serius perbuatan sengaja menyampaikan kenyataan palsu ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg