Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pokok tumbang di Braddell Road

Dec 15, 2019 | 2:38 PM
POKOK TUMBANG: Pokok tumbang di Braddell Road menyebabkan tiga daripada empat lorong jalan raya tidak dapat digunakan.
POKOK TUMBANG: Pokok tumbang di Braddell Road menyebabkan tiga daripada empat lorong jalan raya tidak dapat digunakan. - Foto ARIFFIN JAMAR

POKOK yang tumbang di Braddell Road dekat simpang Bishan Road menyusuli hujan malam tadi (14 Disember) menyebabkan gangguan kepada tiga daripada empat lorong jalan raya.

Khidmat bas 13, 56, 57, 59, 88, 93, 157 dan 163 turut terganggu di Braddell Road akibat pokok tumbang itu, menurut pengendali bas SBS Transit menerusi Twitter.

Sebelum ini, Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) berkata monsun timur laut dijangka berterusan sehingga Mac tahun depan.

Pada 3 Disember lalu, sebatang pokok tumbang di Hougang dan menimpa dua kereta.

Keesokan harinya, seorang individu yang sedang berlari-lari anak hampir terkena sebatang pokok yang tumbang di Old Upper Thomson Road.

Watch on YouTube
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg