Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pokok tumbang di Kampong Glam; 3 kereta dihempap

Mar 8, 2023 | 4:30 PM
Beberapa kereta kelihatan dihempap pokok yang tumbang di Sultan gate sekitar 11 pagi, pada Rabu. -
Beberapa kereta kelihatan dihempap pokok yang tumbang di Sultan gate sekitar 11 pagi, pada Rabu. - - FOTO: GIN TAY

SELEPAS bersarapan bersama isterinya di Kampong Glam pada Rabu pagi, Encik Abdul Hameed terkejut melihat keretanya yang diparkir di Sultan Gate terhempap sebuah pokok yang tumbang.

"Saya tidak pernah meletak kereta saya di kawasan ini sebab ia selalunya penuh," kata pengurus kru dan pengawal depot berusia 56 tahun itu.

"Tapi pada hari ini ia kelihatan kosong, jadi saya ambil kesempatan untuk meletak kereta saya di sini namun ini pula terjadi," tambahnya.

Menurut The Straits Times, cermin belakang dan lampu isyarat di bahagian kiri kereta Tivolinya berwarna coklat kelihatan rosak akibat pokok besar yang tumbang itu.

Pokok itu juga menjejas lagi tiga kereta lain dan tiada kecederaan dilaporkan selepas kejadian itu yang berlaku sekitar 11 pagi.

Beberapa saksi lain yang berada dekat tempat kejadian menyatakan bahawa bunyi pokok tumbang itu persis bunyi bangunan sedang roboh.

Seorang lagi saksi bernama Encik Hassan Mohd Amin, 59 tahun berkata beberapa kanak-kanak kecil sedang bermain dekat pokok itu sebelum ia tumbang.

"Tiba-tiba saya dengar ada seorang yang sedang menjerit dan kemudian saya lihat kanak-kanak itu berlari meninggalkan tempat itu." katanya yang sedang berada dalam kenderaannya sambil menunggu tempat letak kereta kosong.

Beliau juga berkata, mujur tiada orang yang tercedera akibat kejadian itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg