SPH Logo mobile
Langgan|

Pokok tumbang di luar terowong CTE halang lalu lintas

Pokok tumbang di luar terowong CTE halang lalu lintas

Jul 19, 2023 | 7:10 PM

Pokok tumbang di luar terowong CTE halang lalu lintas

KEMALANGAN: Satu kereta putih dilihat remuk akibat pokok yang tumbang di CTE ke arah AYE pada pagi Rabu.
KEMALANGAN: Satu kereta putih dilihat remuk akibat pokok yang tumbang di CTE ke arah AYE pada pagi Rabu. - Foto ihsan PEMBACA BH

Kesesakan jalan raya berlaku pada Rabu pagi selepas sebatang pokok tumbang di luar terowong Ekspreswe Central (CTE) di kawasan Orchard ketika hujan lebat.

Dalam foto yang tersebar dalam talian, sebatang pokok dilihat menghempap kereta Kia Sorento berwarna putih dan menghalang sekurang-kurangnya tiga lorong jalan.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Dalam video yang tular di media sosial, sekurang-kurangnya 10 pemandu dilihat menunggu di lebuh raya itu di dalam hujan, kerana pokok tersebut menghalang lalu lintas.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menerusi satu catatan di Twitter pada 9.23 pagi berkata terdapat nahas di terowong CTE menuju ke Ekspreswe Ayer Rajah berdekatan Orchard Road.

Kesemua tiga lorong ditutup sehingga 10.30 pagi.

Sehingga 3.40 petang, tiga lorong masih ditutup.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg