SELARAS bersama rancangan pemerintah untuk menggunakan teknologi sebagai alternatif 'bertemu' bersama pesakit dengan selamat dan mengurangkan risiko penularan Covid-19, Poliklinik Kumpulan Jagaan Kesihatan Nasional (NHGP) kini menawarkan beberapa pilihan telekonsultasi untuk pesakit dengan keadaan kronik yang terkawal.
Walaupun perkhidmatan 'telemedicine' ini sudah wujud dan ditawarkan kepada pesakit sejak 2005, NHGP berkata bahawa mereka akan terus meningkatkan khidmat telekonsultasi ketika langkah pemutus litar dilonggarkan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg