Topik diikuti
Pergi ke BHkuPolis beri amaran taktik penipuan baru melalui iklan di media sosial
Polis beri amaran taktik penipuan baru melalui iklan di media sosial
Polis beri amaran taktik penipuan baru melalui iklan di media sosial
TAKTIK baru, yang melibatkan serangan malwe di telefon bijak mangsa bagi mencuri butiran bank mereka, kini digunakan penipu.
Mangsa biasanya akan menerima iklan khidmat pembersihan melalui wadah media sosial, tambah polis dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa (14 Jun).
Mangsa juga akan disuruh membuat bayaran dengan memuat turun aplikasi melalui pautan yang dihantarkan.
Pautan tersebut hanya akan dihantar jika mangsa memutuskan untuk mendapatkan khidmat itu.
Namun, aplikasi tersebut dipercayai mengandungi malwe, softwe yang dibentuk untuk merosakkan atau mendapatkan akses kepada sesebuah sistem.
Selepas memuat turun aplikasi tersebut di telefon bijak mereka, mangsa akan disuruh membuat bayaran melalui laman bank sah menggunakan butiran bank dalam talian mereka.
Aplikasi itu kemudian akan menerima akses kepada maklumat bank mereka serta SMS yang dihantar ke telefon bijak mereka.
Menurut polis, mangsa biasanya hanya sedar mereka ditipu selepas melihat terdapat transaksi tidak sah yang dibuat dari akaun bank mereka.
Sekurang-kurangnya dua mangsa tertipu oleh taktik tersebut, dan sekitar $2,000 lesap secara keseluruhannya.
Polis berkata anggota masyarakat awam perlu memuat turun fail dari sumber yang sah dan bagi memastikan ia tidak mengandungi sebarang virus.
Polis menambah semua telefon bijak, komputer dan alat lain perlu mempunyai softwe anti-virus dan yang mampu menghapuskan malwe.
Polis menggesa mereka yang mempunyai maklumat tentang penipuan seperti itu untuk menghubungi talian 1800-255-0000.
