Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis beri amaran tipu pancingan data libatkan iklan beg murah di Facebook

Dec 8, 2023 | 9:35 AM
PENIPUAN PANCINGAN DATA: Selepas mengklik pos Facebook itu, mangsa dibawa ke laman web pancingan data dan diminta memberi bukti kelayakan mereka, seperti nama, alamat e-mel dan butiran kad pembayaran, untuk membeli beg pakaian pada harga diskaun itu. Penipu kemudian menyalah guna butiran kad kredit mereka. 
PENIPUAN PANCINGAN DATA: Selepas mengklik pos Facebook itu, mangsa dibawa ke laman web pancingan data dan diminta memberi bukti kelayakan mereka, seperti nama, alamat e-mel dan butiran kad pembayaran, untuk membeli beg pakaian pada harga diskaun itu. Penipu kemudian menyalah guna butiran kad kredit mereka.  - Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA

Kira-kira 14 orang menjadi mangsa sejak November kepada satu penipuan pancingan data (phishing) baru yang menjanjikan beg pakaian murah, kata polis sambil memberi amaran tentang iklan atau siaran palsu di Facebook itu.

Mangsa kehilangan sekurang-kurangnya $799, tambah polis dalam satu kenyataan pada 7 Disember.

Dalam beberapa kes ini, polis berkata mangsa terjumpa iklan Facebook atau pos yang menawarkan beg perjalanan serendah $2 daripada “Singapore Airlines Travel”.

Akaun penipuan itu menggunakan logo syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) sebagai gambar profil Facebooknya untuk memberikannya “kesahihan”, kata polis.

Selepas mengklik pada pos itu, mangsa dibawa ke laman web pancingan data dan diminta memberikan bukti kelayakan mereka, seperti nama, alamat e-mel dan butiran kad pembayaran, untuk membayar beg pakaian pada harga diskaun.

Penipu itu kemudian menyalahgunakan butiran kad kredit mereka.

Mangsa akan menyedari mereka telah ditipu selepas mendapati transaksi tidak dibenarkan pada penyata kad mereka.

Polis menasihatkan orang ramai supaya menambah aplikasi ScamShield dan membolehkan ciri keselamatan, seperti pengesahan dua faktor atau pengesahan berbilang faktor bagi bank dan had transaksi untuk transaksi perbankan Internet.

Mereka boleh menyemak tanda penipuan menggunakan bot WhatsApp ScamShield, menghubungi Talian Bantuan Anti-Scam di 1800-722-6688 atau melayari www.scamalert.sg, kata polis.

Polis menggesa orang ramai supaya melihat tanda-tanda yang menunjukkan laman web pancingan data, dan untuk mengesahkan sama ada tawaran tersebut tersedia dengan melawati laman web rasmi syarikat.

Jika ragu-ragu, jangan berkongsi maklumat peribadi dan butiran kad pembayaran dengan sesiapa pun.

Orang ramai digalak memberitahu pihak berkuasa, keluarga dan rakan tentang penipuan, serta melaporkan sebarang transaksi penipuan kepada bank dengan segera.

Mereka yang mempunyai maklumat tentang jenayah tersebut boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau layari www.police.gov.sg/iwitness. Untuk bantuan polis segera, dail 999.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg