Topik diikuti
Pergi ke BHkuPolis berkas dua individu kerana terlibat dalam kegiatan tidak bermoral
Polis berkas dua individu kerana terlibat dalam kegiatan tidak bermoral
Polis berkas dua individu kerana terlibat dalam kegiatan tidak bermoral
DUA individu kini disiasat polis kerana disyaki terlibat dalam menggalak kegiatan maksiat dan menyebarkan bahan lucah menerusi forum dalam talian.
Dalam kenyataannya, polis menyatakan seorang lelaki berusia 37 tahun dan wanita berusia 28 tahun kini disiasat.
Mereka menerima laporan pada 18 Februari lalu berkenaan sebuah laman Internet yang mempunyai forum menawarkan pengguna wadah untuk mencari pasangan seks dan menyebarkan gambar lucah.
Hasil siasatan polis dari Divisyen Bedok telah mengenalpasti identiti kedua-dua individu tersebut.
Siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai telah mereka forum yang membenarkan ahli untuk berbincang dan mengadakan pertemuan bagi kegiatan seks, sedang wanita itu dipercayai membantu lelaki tersebut dalam pentadbiran forum berkenaan.
Ahli juga dibenarkan mengepos dan bertukar-tukar foto lucah di antara mereka di forum tersebut.
Siasatan masih dijalankan.
Kesalahan meletakkan bahan lucah bagi edaran adalah di bawah Kanun Jenayah dan boleh dipenjara sehingga tiga bulan, didenda atau kedua-duanya sekali.
