Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis berkas ibu, anak disyaki terlibat dalam penipuan e-dagang

Jun 17, 2020 | 5:41 PM
Antara barang yang dirampas daripada tertuduh. - Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA
Antara barang yang dirampas daripada tertuduh. - Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA -

POLIS telah menahan pasangan ibu dan anak kerana disyaki terlibat dalam satu siri penipuan e-dagang melibatkan penjualan tiket konsert dan acara di Universal Studios Singapore (USS).

Anak lelaki itu berusia 32 tahun manakala ibunya berusia 62 tahun.

Dalam kenyataannya pada Rabu (17 Jun), polis berkata antara Januari dengan Mei 2020, pihaknya telah menerima beberapa aduan daripada mangsa yang kononnya ditipu oleh beberapa penjual 'online' berbeza yang mengiklankan tiket USS, konsert dan acara menerusi Carousell dan Facebook.

Polis berkata penjual tidak dapat dihubungi setelah pembayaran dibuat.

Setelah disiasat, pegawai daripada Jabatan Ehwal Komersial berjaya mengenal pasti identiti lelaki dan wanita tersebut dan mereka ditangkap semalam (16 Jun).

Siasatan awal menunjukkan suspek merupakan ibu dan anak, dan dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 450 kes penipuan e-dagang membabitkan jumlah wang melebihi S$110,000.

Polis berkata suspek lelaki akan didakwa di mahkamah esok (18 Jun) dengan tuduhan menipu yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjaran sehingga 10 tahun dan denda.

Suspek wanita pula sedang membantu polis dalam siasatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg