POLIS sedang menyiasat tiga lelaki dan empat wanita, berusia antara 20 dan 50 tahun, kerana menjalankan perniagaan khidmat pembayaran dan khidmat pembayaran pengiklanan tanpa lesen.
Dalam kenyataannya hari ini, polis menyatakan, antara 24 dan 30 April lalu, tujuh individu telah menawarkan akaun bank mereka untuk membantu dalam pemindahan wang ke akaun bank lain menerusi cara pembayaran lain, seperti pemindahan bank, PayNow dan PayLah, sebagai pekerjaan yang ditawarkan menerusi iklan pekerjaan dalam talian yang menawarkan pekerjaan sebagai pembantu peribadi berpangkalan di rumah dan pembantu kewangan.
Di bawah Seksyen 5 Akta Khidmat Pembayaran, ia merupakan satu kesalahan untuk sesiapa menjalankan perniagaan atau menyediakan apa jua jenis khidmat pembayaran di Singapura tanpa lesen, hanya kalau seseorang itu dikecualikan di bawah Akta tersebut.
Individu yang disabut kesalahan di bawah Sekyen 5 akta berkenaan boleh didenda sehingga $125,000 atau dipenjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Polis ingin mengingatkan pencari kerja untuk berhati-hati terhadap iklan pekerjaan yang menjanjikan kemudahan bekerja dari rumah dan dibayar gaji tinggi yang luar biasa untuk sesuatu tugas yang mudah.
Perniagaan yang sah tidak memerlukan pencari kerja memanfaatkan akaun bank mereka sendiri untuk menerima wang bagi pihak perniagaan itu.
"Tindakan ini adalah helah biasa digunakan penipu untuk individu menjalankan pemindahan bayaran secara haram bagi pihak mereka.
Bagi mengelak daripada terlibat dalam aktiviti pemindahan wang secara haram, orang ramai harus menolak permintaan seseorang yang mereka menggunakan akaun bank sendiri.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penipuan ini, orang ramai boleh kunjungi laman www.scamalert.sg atau telefon talian antipenipuan di 1800-722-6688.
Sesiapa yang ada maklumat tentang penipuan sebegini boleh hubungi talian polis di 1800-255-0000 atau membuat laporan secara dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness.
Bagi mendapat maklumat lanjut tentang Akta Khidmat Pembayaran, orang ramai boleh menghubungi Penguasa Kewangan Singapura di webmaster@mas.gov.sg .


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg