Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis buru 2 lelaki guna senjata dalam serangan di Boon Lay

Apr 7, 2022 | 10:13 AM
73ef1f96-9a79-47ef-ae03-7c3ef9cd9a53
-

POLIS sedang mencari dua lelaki yang telah mencederakan dua lelaki lain dengan senjata dalam satu kejadian di Boon Lay Drive. Siasatan awal menunjukkan bahawa kededua mangsa mengenali individu yang menyerang mereka, kata polis pada pagi Khamis (7 April). Menurut polis, pihaknya telah menerima panggilan meminta bantuan di Blok 175 Boon Lay Drive pada sekitar 5 petang petang Rabu (6 April). Dua mangsa itu, berusia 22 dan 23 tahun, dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital. Video kejadian tersebut telah tular di media sosial. Video itu menunjukkan dua lelaki memegang senjata panjang di sebuah tempat letak kereta. Seorang mangsa tidak lama kemudian dilihat berlumuran darah di mukanya. Siasatan sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg