Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis cari suspek susulan kematian dua budak lelaki di Upper Bukit Timah

Jan 22, 2022 | 7:20 PM
Beberapa anggota keluarga dan teman keluarga mangsa dilihat menjalankan upacara keagamaan dekat dengan longkang yang berhampiran dengan taman permainan Greenridge Crescent.
Beberapa anggota keluarga dan teman keluarga mangsa dilihat menjalankan upacara keagamaan dekat dengan longkang yang berhampiran dengan taman permainan Greenridge Crescent. - CHONG JUN LIANG

Polis sedang mencari seorang suspek lelaki pada Jumaat malam (21 Jan) selepas dua kanak-kanak ditemui mati dekat dengan sebuah taman permainan di Upper Bukit Timah pada hari yang sama.

Pemandu teksi yang menerima pesanan teks, yang disahkan polis kepada Berita Harian, dimaklumkan supaya berwaspada terhadap seorang lelaki yang tidak diketahui bangsanya dan kali terakhir dilihat pada 3 petang di Greenridge Crescent.

Mayat pasangan kembar lelaki berusia 11 tahun itu, dikatakan telah ditemui di dalam sebuah longkang besar berdekatan dengan taman permainan tersebut. Dua beradik itu dilaporkan berkeperluan khas.

Makluman berkenaan yang sudahpun dihentikan, menyifatkan lelaki berkenaan sebagai berusia 30 tahun hingga 40 tahun, berkulit sawo matang, memakai kemeja kelabu dan memakai kasut sukan.

Difahamkan belum ada penangkapan yang dibuat.

Menurut satu kenyataan pada Sabtu (22 Jan), polis berkata mereka menerima panggilan dari seorang lelaki yang meminta bantuan di sebuah taman permainan di Greenridge Crescent, pada Jumaat sekitar 6.25 petang.

Setibanya polis di tempat kejadian, kededua anak lelaki itu ditemui terbaring dan tidak sedarkan diri di dalam longkang besar serta diisytiharkan meninggal dunia oleh paramedik.

Polis telah menyifatkan kematian itu sebagai tidak semula jadi dan siasatan masih berjalan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg